Blog Archive

Friday 11 March 2016

Switzerland Part 3 ; Lugano

Lugano merupakan bandar terbesar di daerah pelancongan Ticino. Lugano mempunyai panorama yang sangat cantik kerana terletak di tepian tasik Lugano dan dikelilingi oleh gunung ganang. Dua gunung yang berhampiran adalah Monte San Salvatore dan Monte Bre.

Lugano bersempadan dengan Italy. Jadi penduduk di sini bertutur di dalam bahasa Italy dan senibina bangunan di sini juga mempunyai pengaruh Italy.

Daripada Lenzburg, pengumuman di dalam train dibuat di dalam bahasa Jerman, kerana penduduk di wilayah Argau itu bertutur di dalam bahasa Jerman.  Apabila train semakin jauh meninggalkan Lenzburg, dan semakin menuju ke Lugano, pengumuman dibuat di dalam bahasa Itali.  Bahasa Jerman ke Itali ke dua-dua saya tak faham.

Apabila sampai di Lugano, kami keluar dari stesen dan ingin mencari arah ke bandar.  Bila bertanya penduduk tempatan ramai yang tak tahu bertutur bahasa Inggeris. Macam ayam itik pulak.  Akhirnya jumpalah hamba Allah yang boleh bercakap bahasa Inggeris. So kami pun turun bukit naik bukit sampailah di tengah bandar Lugano.

Lake Lugano


Sausages
The shops


Pakcik dari Bosnia di pasar



Jeti

Monte Bre

Di bandar

Train kecil dari bandar ke stesen keretapi Lugano

Dari Monte Bre, ada sebuah laluan untuk ke perkampungan Bre, yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Ticino.  Daripada San Salvatore ada sebuah laluan yang melalui Corona ke Tasik Lugano. Menaiki boat mengelilingi Lugano merupakan pengalaman yang menarik.  Kita juga boleh menaiki bot ke perkampungan nelayan di Gandria





No comments:

Post a Comment