Blog Archive

Tuesday 8 March 2016

Switzerland Part 1 : Wengen - Bermalam di gunung


Sesuatu yang tak disangka.... this is the best words to describe my experience.  Pada petang itu kami bertolak dari rumah di Lenzburg ke Wengen. Hari semakin gelap dan semakin sejuk. Tatkala keluar dari train station di pekan Wengen, terasa jari seperti digigit walaupun saya memakai sarung tangan bulu kambing. Snow glove saya berada di dalam beg pakaian yang stranded di Amsterdam. So pakai sajalah apa yang ada di badan dan pinjam pakaian kawan.

Setiba di Wengen, salah seorang daripada kawan suami telah pun sampai di sana.  Dia memakaikan kami lampu di dahi dan leg gaiter. Di dalam kegelapan kami berjalan dengan menggunakan kayu ski menuruni bukit ke rumah percutian. Perjalanan dari station ke rumah percutian di gunung mengambil masa lebih kurang sejam dengan berjalan kaki, kerana tiada access kepada sebarang kenderaan untuk ke situ. Perasaan saya? Hmmm...bercampur baur - cemas dan seronok. Cemas kerana kali pertama berjalan di kawasan gunung, pada waktu malam, dengan kaki terbenam di dalam salji sedalam 1 kaki. Sepanjang perjalanan memang gelap..yang ada kami berempat je.  Rumah pulak jauh-jauh dan semua tiada penghuni.  Kebanyakan rumah di sini adalah rumah percutian milik persendirian.  Cuma di bahagian atas dekat dengan station kereta api ada banyak resort. Setelah lama berjalan tak sampai-sampai lagi, saya berkata kepada suami, kenapa la orang putih suka sangat duduk jauh-jauh. Finally we sampai ke cottage..the last house di kawasan ini.

Sepanjang perjalanan kagum melihat sajli yang bersinar-sinar.  Saya amat bersyukur dengan peluang yang Allah beri..tak tau nak describe macam mana perasaan saya ni.

Rumah kawan di Wengen


Pemandangan dari balcony -  area lembah itu adalah Lauterbrunnen & perkampungan Stechelberg di hujung sana

Pokok-pokok di hadapan rumah


5 am saya kejutkan suami mintah bakar kayu api lagi, tak boleh tidur sejuk sangat

Pada hari kedua, kali pertama saya memakai snow shoes.

Left over dinner malam pertama, tak payah simpan dalam fridge sebab suhu kat luar lagi sejuk

Dinner malam ke-2, still tak buka jacket & duduk paling dekat dgn fire place. Kesian J & K sebab they all dah nak cair dah.

Fondue

Pada malam kedua, setelah balik dari Jungfraujoch (bunyi Yong Frau Yokh) saya mengalami sejuk kaki.  Lepas makan fondue nak solat, bila nak sujud rasa kaki sakit, kaki tergeliat masa nk turun dari bukit kononnya tak nak ikut track, tapi nak short cut turun dari bukit. Lepas makan saya berselimut sampai kepala, kaki memang tak rasa apa-apa walau pun dah letak bantal biji ceri untuk panaskan badan.  Kesian kita kan, maklum la first time. Malu pun ada...

Selamat pagi dari Wengen...fresh je bangun pagi di sini..

Hari ke-2, bermain di sekitar rumah..maklumlah, di kampung tak ada salji


Suami saya pun excited nak berjalan-jalan di luar rumah

Ms K is watching us... :) 
Di tingkat bawah
Snow Shoes

Di tepi rumah


Sampai ke luar pagar dia

My first snowman

Maklumat tentang Wengen :


  1. Pekan peranginan yang terletak di kaki gunung Eiger dan Jungfrau dan ia berada 400 meter di atas lembah Lauterbrunnen.  Ia berada pada altitud 1274 meter daripada aras laut. 
  2. Wengen terletak di wilayah Bern. 
  3. Merupakan sebuah tempat yang bebas kenderaan bermotor
  4. Tempat di mana pertandingan ski dilakukan pada musim sejuk
Bagaimana untuk pergi ke Wengen :

  1. Pengangkutan utama ialah kereta api
  2. Naik train Berner Oberland-Bahn daripada Interlaken Ost ke Lauterbrunnen, tukar train Wengernalpbahn untuk menikmati pemandangan kawasan pergunungan ke Wengen,


No comments:

Post a Comment