Sepanjang berada di Jepun, bukan saja saya berjalan menikmati
pemandangan tetapi juga melihat cara orang-orang Jepun, yang sememangnya agak
menarik.
Sikap /cara orang Jepun :
1.
Sifat ingin membantu sangat tinggi walau pun ramai yang tidak tahu
berbahasa Inggeris.
Ø Kami
terserempak dengan penduduk tempatan semasa mula-mula sampai ke Namba untuk
mencari apartment yang kami sewa. Seorang pakcik menaiki basikal
berhenti dan cuba membantu.
Ø Di
Higashiyama, Kyoto, seorang pekerja yang sedang membersihkan daun-daun di kaki
lima menghantar kami hingga ke simpang jalan untuk menunjukkan arah.
Ø Walau pun
tidak tahu berbahasa Inggeris, cara mereka tunjuk arah jalan memang kita dapat
faham.
Ø Semasa
hendak ke airport dari Namba Station, ada sebuah train yang sedang berhenti lalu
saya bertanyakan train driver di platform mana patut kami berada. Train driver
tersebut keluar dari kepala kereta api dan menunjukkan platform mana patut kami
berada.
2.
Menepati masa
Ø 1st
day kami berjalan-jalan di Den Den town, nampak ramai orang beratur di luar
kedai, rupanya tunggu kedai buka untuk main game. Ada sebuah kedai pintunya dah buka, so saya
& suami pun masuklah nak tengok, tiba-tiba pekerja tu suruh keluar. Rupanya
tak boleh masuk lagi selagi belum waktunya.
Ø Suatu
malam suami hendak bertanyakan kat kedai rokok ni, ada jual ash pocket tu tak,
kedai tu kecil just macam sebuah kaunter yang bercermin, aunty yang bekerja tu
tak mahu layan sebab waktu berniaga dah habis.
Ø Begitu
jugak di Doguyasuji, kami masuk ke dalam kedai yang menjual peralatan rumah,
pun disuruh keluar. Redha je la..
3.
Berurus niaga
Ø
Bila kita membayar di cashier counter, cashier akan mengira satu
persatu baki yang diberikan kepada kita.
Muka pun tak masam.
4.
Membeli makanan
Ø Seorang
kawan saya yang boleh menulis dan berbahasa Jepun memberikan saya satu list
makanan yang non-halal, jadi setiap kali hendak membeli makanan saya akan
tunjukkan list tersebut. Mereka jujur dan memberitahu jika terdapat those non halal
things dalam food tersebut.
This is our daily food. Mujur bawa bekal serunding & sambal garing |
Salah sebuah kedai tempura. |
No comments:
Post a Comment