Jungfraujoch (yong frau yokh) juga dikenali sebagai Top of Europe merupakan kemuncak percutian bagi pelancong yang berkunjung di Switzerland. Di sini terletaknya stesen kereta api yang tertinggi di Eropah berada pada ketinggian 3,454 meter dari paras laut.
Semasa perjalanan ke Jungfrau daripada Wengen, dengan menaiki Jungfraubahn, kereta api akan berhenti dia station Eismeet dan Eigerwand, para penumpang boleh turun dan meninjau pemandangan daripada viewing platform. Kita boleh meninggalkan barang di dalam kereta api, dan tidak hilang.
Di dalam dan di luar bangunan di Jungfrau. Kita kena stamp the passport to enter the building. Ia actually pass masuk tapi di buat dalam bentuk passport |
Bangunan Sphinx di puncak |
Di dalam Sphinx |
Ukiran ais |
Bandar kecil Wengen |
Last day in Wengen
Saya sangat seronok sepanjang berada di gunung ini. Ia adalah pengalaman yang sangat bernilai untuk saya. Walau pun rumah yang kami duduki ini merupakan rumah yang paling hujung, tetapi line telefon dan internet line sangat kuat signal. Ini kerana pihak keselamatan ingin memastikan semua orang dapat berhubung jika berlaku sesuatu lebih-lebih lagi bila berada jauh daripada orang ramai.
Saya juga diberitahu oleh kawan saya Mr J yang kayu api di sana mestilah diguna selepas 2 tahun selepas pokok ditebang, ini untuk memastikan yang kayu api betul-betul kering dan tidak mengeluarkan asap hitam yang boleh membuatkan pencemaran udara.
Sampah pun tidak ada sepanjang kami berjalan di gunung ini, kerana orang di sini akan membawa sampah dari rumah peranginan mereka ke pekan berhampiran (pekan Wengen) dan membuangnya di tong sampah di situ.
Kanan : Lembah Lauterbrunnen |
Selamat tinggal Wengen...sesuatu yang tidak akan saya lupakan...hopefully ada rezeki untuk ke sana semula....
No comments:
Post a Comment