Blog Archive

Friday 11 March 2016

Switzerland Part 4 : Geneva

Geneva adalah sebuah bandar bersempadan dengan France.  Jadi penduduk di sini bertutur bahasa Perancis dan segala papan tanda ditulis dalam bahasa Perancis.

Daripada Lenzurg saya menaiki train selama lebih kurang 3 jam.  Yang menariknya, di Lenzburg, bahasa yang digunakan ialah bahasa Jerman, maka pengumuman di dalam train dibuat dalam bahasa Jerman.  Bila semakin hampir ke Geneva, pengumuman di dalam train tidak lagi di dalam bahasa Jerman, sebaliknya dibuat dalam bahasa Perancis.  Saya boleh memahami dan bertutur sedikit dalam French, jadi tidak ada masalah di sini.

Setibanya di Geneva, kami berjalan-jalan di sekitar bandar. Di sini banyak kedai jam.


Berjalan-jalan di Geneva

Jet fountain di Lake Geneva

Kedai cenderamata

Nutella crepe - lunch kami

Jeti dan jet fountain

Malam itu selepas dinner suami dan kawan-kawan buat suprise.  Suami belikan kek untuk my birthday dan dapat hadiah dari kawan-kawan.. terima kasih...

Birthday cake & present

Sedap kek ni

Yeay..dapat perfume


Switzerland Part 3 ; Lugano

Lugano merupakan bandar terbesar di daerah pelancongan Ticino. Lugano mempunyai panorama yang sangat cantik kerana terletak di tepian tasik Lugano dan dikelilingi oleh gunung ganang. Dua gunung yang berhampiran adalah Monte San Salvatore dan Monte Bre.

Lugano bersempadan dengan Italy. Jadi penduduk di sini bertutur di dalam bahasa Italy dan senibina bangunan di sini juga mempunyai pengaruh Italy.

Daripada Lenzburg, pengumuman di dalam train dibuat di dalam bahasa Jerman, kerana penduduk di wilayah Argau itu bertutur di dalam bahasa Jerman.  Apabila train semakin jauh meninggalkan Lenzburg, dan semakin menuju ke Lugano, pengumuman dibuat di dalam bahasa Itali.  Bahasa Jerman ke Itali ke dua-dua saya tak faham.

Apabila sampai di Lugano, kami keluar dari stesen dan ingin mencari arah ke bandar.  Bila bertanya penduduk tempatan ramai yang tak tahu bertutur bahasa Inggeris. Macam ayam itik pulak.  Akhirnya jumpalah hamba Allah yang boleh bercakap bahasa Inggeris. So kami pun turun bukit naik bukit sampailah di tengah bandar Lugano.

Lake Lugano


Sausages
The shops


Pakcik dari Bosnia di pasar



Jeti

Monte Bre

Di bandar

Train kecil dari bandar ke stesen keretapi Lugano

Dari Monte Bre, ada sebuah laluan untuk ke perkampungan Bre, yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Ticino.  Daripada San Salvatore ada sebuah laluan yang melalui Corona ke Tasik Lugano. Menaiki boat mengelilingi Lugano merupakan pengalaman yang menarik.  Kita juga boleh menaiki bot ke perkampungan nelayan di Gandria





Thursday 10 March 2016

Switzerland Part 2 : Jungfraujoch - Top of Europe & Last day in Wengen

Jungfraujoch (yong frau yokh) juga dikenali sebagai Top of Europe merupakan kemuncak percutian bagi pelancong yang berkunjung di Switzerland.  Di sini terletaknya stesen kereta api yang tertinggi di Eropah berada pada ketinggian 3,454 meter dari paras laut.  

Semasa perjalanan ke Jungfrau daripada Wengen, dengan menaiki Jungfraubahn, kereta api akan berhenti dia station Eismeet dan Eigerwand, para penumpang boleh turun dan meninjau pemandangan daripada viewing platform. Kita boleh meninggalkan barang di dalam kereta api, dan tidak hilang. 

Perhentian  Eigerwand & Eismeer


Di dalam dan di luar bangunan di Jungfrau. Kita kena stamp the passport to enter the building. Ia actually pass masuk tapi di buat dalam bentuk passport

Bangunan Sphinx di puncak

Di dalam Sphinx
Di dalam bangunan Sphinx ini ada galeri yang menunjukkan gambar Jungfrau, ukiran ais, dan juga ada dipamerkan sejarah bagaimana jalan kereta api Jungfrau ini dibina - seperti nama-nama pekerja yang terlibat dan alat-alat yang digunakan.

Ukiran ais


Bila dah petang kami pun balik ke rumah di Wengen, the last night in Wengen..sob sob..sebelum tu sempat jugak berjalan-jalan di sekitar pekan Wengen ini

Bandar kecil Wengen


Last day in Wengen

Saya sangat seronok sepanjang berada di gunung ini. Ia adalah pengalaman yang sangat bernilai untuk saya. Walau pun rumah yang kami duduki ini merupakan rumah yang paling hujung, tetapi line telefon dan internet line sangat kuat signal.  Ini kerana pihak keselamatan ingin memastikan semua orang dapat berhubung jika berlaku sesuatu lebih-lebih lagi bila berada jauh daripada orang ramai.

Saya juga diberitahu oleh kawan saya Mr J yang kayu api di sana mestilah diguna selepas 2 tahun selepas pokok ditebang,  ini untuk memastikan yang kayu api betul-betul kering dan tidak mengeluarkan asap hitam yang boleh membuatkan pencemaran udara.  

Sampah pun tidak ada sepanjang kami berjalan di gunung ini, kerana orang di sini akan membawa sampah dari rumah peranginan mereka ke pekan berhampiran (pekan Wengen) dan membuangnya di tong sampah di situ.



Pemandangan di Wengen dan kepenatan ...


Kanan : Lembah Lauterbrunnen

Selamat tinggal Wengen...sesuatu yang tidak akan saya lupakan...hopefully ada rezeki untuk ke sana semula....

Tuesday 8 March 2016

Switzerland Part 1 : Wengen - Bermalam di gunung


Sesuatu yang tak disangka.... this is the best words to describe my experience.  Pada petang itu kami bertolak dari rumah di Lenzburg ke Wengen. Hari semakin gelap dan semakin sejuk. Tatkala keluar dari train station di pekan Wengen, terasa jari seperti digigit walaupun saya memakai sarung tangan bulu kambing. Snow glove saya berada di dalam beg pakaian yang stranded di Amsterdam. So pakai sajalah apa yang ada di badan dan pinjam pakaian kawan.

Setiba di Wengen, salah seorang daripada kawan suami telah pun sampai di sana.  Dia memakaikan kami lampu di dahi dan leg gaiter. Di dalam kegelapan kami berjalan dengan menggunakan kayu ski menuruni bukit ke rumah percutian. Perjalanan dari station ke rumah percutian di gunung mengambil masa lebih kurang sejam dengan berjalan kaki, kerana tiada access kepada sebarang kenderaan untuk ke situ. Perasaan saya? Hmmm...bercampur baur - cemas dan seronok. Cemas kerana kali pertama berjalan di kawasan gunung, pada waktu malam, dengan kaki terbenam di dalam salji sedalam 1 kaki. Sepanjang perjalanan memang gelap..yang ada kami berempat je.  Rumah pulak jauh-jauh dan semua tiada penghuni.  Kebanyakan rumah di sini adalah rumah percutian milik persendirian.  Cuma di bahagian atas dekat dengan station kereta api ada banyak resort. Setelah lama berjalan tak sampai-sampai lagi, saya berkata kepada suami, kenapa la orang putih suka sangat duduk jauh-jauh. Finally we sampai ke cottage..the last house di kawasan ini.

Sepanjang perjalanan kagum melihat sajli yang bersinar-sinar.  Saya amat bersyukur dengan peluang yang Allah beri..tak tau nak describe macam mana perasaan saya ni.

Rumah kawan di Wengen


Pemandangan dari balcony -  area lembah itu adalah Lauterbrunnen & perkampungan Stechelberg di hujung sana

Pokok-pokok di hadapan rumah


5 am saya kejutkan suami mintah bakar kayu api lagi, tak boleh tidur sejuk sangat

Pada hari kedua, kali pertama saya memakai snow shoes.

Left over dinner malam pertama, tak payah simpan dalam fridge sebab suhu kat luar lagi sejuk

Dinner malam ke-2, still tak buka jacket & duduk paling dekat dgn fire place. Kesian J & K sebab they all dah nak cair dah.

Fondue

Pada malam kedua, setelah balik dari Jungfraujoch (bunyi Yong Frau Yokh) saya mengalami sejuk kaki.  Lepas makan fondue nak solat, bila nak sujud rasa kaki sakit, kaki tergeliat masa nk turun dari bukit kononnya tak nak ikut track, tapi nak short cut turun dari bukit. Lepas makan saya berselimut sampai kepala, kaki memang tak rasa apa-apa walau pun dah letak bantal biji ceri untuk panaskan badan.  Kesian kita kan, maklum la first time. Malu pun ada...

Selamat pagi dari Wengen...fresh je bangun pagi di sini..

Hari ke-2, bermain di sekitar rumah..maklumlah, di kampung tak ada salji


Suami saya pun excited nak berjalan-jalan di luar rumah

Ms K is watching us... :) 
Di tingkat bawah
Snow Shoes

Di tepi rumah


Sampai ke luar pagar dia

My first snowman

Maklumat tentang Wengen :


  1. Pekan peranginan yang terletak di kaki gunung Eiger dan Jungfrau dan ia berada 400 meter di atas lembah Lauterbrunnen.  Ia berada pada altitud 1274 meter daripada aras laut. 
  2. Wengen terletak di wilayah Bern. 
  3. Merupakan sebuah tempat yang bebas kenderaan bermotor
  4. Tempat di mana pertandingan ski dilakukan pada musim sejuk
Bagaimana untuk pergi ke Wengen :

  1. Pengangkutan utama ialah kereta api
  2. Naik train Berner Oberland-Bahn daripada Interlaken Ost ke Lauterbrunnen, tukar train Wengernalpbahn untuk menikmati pemandangan kawasan pergunungan ke Wengen,


Sunday 6 March 2016

Keunikan Orang Jepun

Sepanjang berada di Jepun, bukan saja saya berjalan menikmati pemandangan tetapi juga melihat cara orang-orang Jepun, yang sememangnya agak menarik.  
Sikap /cara orang Jepun :

1.      Sifat ingin membantu sangat tinggi walau pun ramai yang tidak tahu berbahasa Inggeris. 
Ø  Kami terserempak dengan penduduk tempatan semasa mula-mula sampai ke Namba untuk     mencari apartment yang kami sewa. Seorang pakcik menaiki basikal berhenti dan cuba membantu. 
Ø  Di Higashiyama, Kyoto, seorang pekerja yang sedang membersihkan daun-daun di kaki lima menghantar kami hingga ke simpang jalan untuk menunjukkan arah.
Ø  Walau pun tidak tahu berbahasa Inggeris, cara mereka tunjuk arah jalan memang kita dapat faham.
Ø  Semasa hendak ke airport dari Namba Station, ada sebuah train yang sedang berhenti lalu saya bertanyakan train driver di platform mana patut kami berada. Train driver tersebut keluar dari kepala kereta api dan menunjukkan platform mana patut kami berada. 

2.      Menepati masa

Ø  1st day kami berjalan-jalan di Den Den town, nampak ramai orang beratur di luar kedai, rupanya tunggu kedai buka untuk main game.  Ada sebuah kedai pintunya dah buka, so saya & suami pun masuklah nak tengok, tiba-tiba pekerja tu suruh keluar. Rupanya tak boleh masuk lagi selagi belum waktunya.
Ø  Suatu malam suami hendak bertanyakan kat kedai rokok ni, ada jual ash pocket tu tak, kedai tu kecil just macam sebuah kaunter yang bercermin, aunty yang bekerja tu tak mahu layan sebab waktu berniaga dah habis.
Ø  Begitu jugak di Doguyasuji, kami masuk ke dalam kedai yang menjual peralatan rumah, pun disuruh keluar.  Redha je la..

3.      Berurus niaga

Ø   Bila kita membayar di cashier counter, cashier akan mengira satu persatu baki yang diberikan kepada kita.  Muka pun tak masam.


4.      Membeli makanan

Ø  Seorang kawan saya yang boleh menulis dan berbahasa Jepun memberikan saya satu list makanan yang non-halal, jadi setiap kali hendak membeli makanan saya akan tunjukkan list tersebut. Mereka jujur dan memberitahu jika terdapat those non halal things dalam food tersebut. 

This is our daily food. Mujur bawa bekal serunding & sambal garing
Salah sebuah kedai tempura.

Monday 11 January 2016

Kembara Kansai : How to travel in Kansai Region

Kereta api merupakan pengangkutan utama di sini. Terdapat banyak jenis train passes untuk kemudahan para pelancong.

Jenis Pass
Harga
Tempat jualan
Faedah
  • Digunakan hanya di Osaka

Pass 1 hari = 2300 yen
Pass 2 hari = 3300 yen
. Kansai Tourist Information Center International Airport
1.  Masuk percuma atau diskaun di beberapa tempat tarikan pelancong seperti Osaka Castle

2. Kegunaan tiada had untuk train dan juga subway kecuali Japan Rail Train (JR Train)


  • Boleh digunakan di mana-mana daerah Kansai seperti Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara

Pass 2 Hari 
4000 yen (dewasa)
2000 yen (kanak-kanak)

Pass 3 hari
5200 yen (dewasa)
2600 yen (kanak-kanak)

1. Kansai Tourist Information Center International Airport

2. Nankai Station

3. Kyoto Station Info Center


1. Diskaun di beberapa tempat seperti Toei Eigamura Movie Land

2. Kegunaan tiada had untuk train dan juga subway kecuali Japan Rail Train (JR Train)

3. Untuk pass 3 hari, boleh guna berselang-selang hari. 

Pass 1 hari - 2300 yen

Pass 2 hari - 4500 yen

Pass 3 hari - 5500 yen

Pass 4 hari - 6500 

Stesen-stesen utama di Kyoto, Osaka, Nara, Kansai Airport, Shin Osaka, Tennoji

2. Boleh dibeli dari agent di Malaysia seperti JTB

 Kegunaan tiada had hanya untuk Japan Rail Train sahaja.
Maklumat lain-lain pass boleh dirujuk di sini  http://www.osaka-info.jp/en/plan/practical_information/travel_passes/



Saya tidak menggunakan Osaka Amazing Pass kerana tempat tinggal saya di Nipponbashi berada di central Osaka. So kami hanya berjalan ke area Namba, Dotonburi dan Shinsaibashi.  Sebaliknya saya membeli 3 days Kansai Thru Pass untuk pergi ke Kyoto.

Kansai Thru Pass

Japan Rail Pass

Jika kita hendak menjelajah Jepun seperti ke Tokyo, Osaka, Hiroshima dan lain-lain bandar-bandar besar, eloklah jika kita membeli Japan Rail Pass (JR pass) kerana ia lebih jimat.  Dan kita pun boleh merasa menaiki shinkansen (bullet train)







Image result for shinkansen
Shinkansen