Blog Archive

Tuesday 5 January 2016

Kembara Kansai : Nishiki Market & Higashiyama

Nishiki Market 

Juga dikenali sebagai "Kyoto Kitchen". Pasar ini menawarkan pelbagai makanan termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, makanan laut dan juga makanan istimewa Kyoto seperti jeruk sayur-sayuran, manisan, makanan laut kering dan sushi.

Di sini kami menikmati sarapan yang enak iaitu sweet potato and carrot cake dan octopus cake.

Our breakfast


Memang seronoklah datang ke pasar ini dapat tengok macam-macam jenis makanan. Kebetulan masa November ni musim buah so saya dapat makan buah fig (buah tin) yang segar. Memang sedap. Tapi tak ada rezeki nak merasa buah peach.  Kalau nak membeli buah di pasar jangan sesekali kita menyentuh buah-buahan tersebut, nanti kena marah dengan penjual. Bukan apa, mereka tidak mahu buah-buahan itu pecah atau lebam.

Buah tin (fig)

Shashimi tuna, telur ikan salmon, octopus

Pekasam pun ada... 

Vegetable pickles, seafood


Higashiyama

Higashiyama terletak tidak jauh daripada Nishiki market. Kita hanya perlu berjalan untuk ke sana. Higashiyama adalah sebuah kawasan di mana deretan kedainya masih dikekalkan seni bina lama orang Jepun. Di sini orang ramai boleh menyewa pakaian tradisional dan berjalan-jalan sekitar kawasan ini.  Memang terasa macam berada di zaman dahulu. 
Higashiyama street

Higashiyama street

Antara pemandangan yang mendamaikan jiwa ketika di Higashiyama
Mula-mula tiba di sini, kami bertanyakan arah dengan pekerja yang sedang membersihkan daun-daun di tepi jalan.  Walau pun mereka tidak boleh berbahasa Inggeris tetapi mereka sangat berusaha untuk membantu kita. Beliau meninggalkan kerjanya seketika dan membawa saya dan suami hingga ke simpang jalan untuk menunjuk jalan mana yang harus kami ikuti.... :) 

maklumat lanjut tentang Higashyima boleh didapati di sini :

No comments:

Post a Comment