Toei Uzumasa Eigamura juga dikenali sebagai Kyoto Studio Park atau Movie Land. Ia terletak di daerah timur Kyoto. Tempat ini unik kerana ia mempamerkan binaan tradisional yang digunakan sebagai latar belakang drama dan filem bersejarah Jepun.
Deretan rumah tradisional |
Kincir air |
Di sini para pekerja memakai pakaian mengikut tema seperti samurai, ninja dan kimono. Pengunjung juga boleh menyewa pakaian tradisional.
Pada waktu tertentu ada street show seperti Samurai sword fighting. Pada hari minggu ada pulak super heroes seperti Power Rangers membuat street show. Tapi saya ke sini hari Isnin so tak ramai orang dan tak adalah jumpa super heroes berjalan-jalan di sekitar sini.
Samurai Sword Fighting Lesson |
Di dalam bangunan pulak ada show room superheroes dan juga anime museum. Selain daripada itu kita boleh menonton bagaimana cerita ninja dilakonkan. Memang menarik. So kalau ke Kyoto jangan lupa datang ke Eigamura. Anda dapat merasai pengalaman yang unik
Ninja show di dalam dewan |
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang Movie Land ini sila refer kepada link berikut :
No comments:
Post a Comment