Osaka Castle - berada di bandar Osaka ada pusat peninggalan sejarah yang menjadi tumpuan pelancong.
Sebelum sampai ke perkarangan istana ni, ada taman yang cantik dengan pokok-pokok yang menarik.
Jika kita menaiki train daripada Namba Station ke Osaka Business Park Station, kita akan melalui sebuah taman yang agak kecil dan boleh terus nampak istana ini.
Tetapi kalau turun di Tanimachiyonchome station, kita akan lalu di taman yang sangat luas dan sangat cantik dengan pokok-pokok pelbagai warna ketika musim luruh.
|
Taman berdekatan Osaka Park Business Station |
|
Taman berdekatan Osaka Park Business Station |
|
Taman berdekatan Osaka Park Business Station |
Ketika dalam perjalanan daripada station ini ke Osaka Castle, ada seorang pakcik menegur suami saya yang sedang merokok lalu memberi suatu benda. Walau pun dia tidak tahu berbahasa English dia menerangkan kegunaan benda tersebut. Rupanya ash pocket. Di sana orang tidak membuang abu rokok merata-rata, tapi membuang dlm ash pocket tersebut.
|
Ash Pocket |
Ke Osaka Castle melalui Tanimachiyonchome Station
Daripada station ni memang agak jauh berjalan, tetapi tak terasa sebab view sangat cantik.
|
Tasik dengan pokok berdaun warna-warni |
|
Seronok dapat tengok pokok cantik |
|
Colorful leaves |
|
Finally sampai di Istana Osaka |
No comments:
Post a Comment