Blog Archive

Wednesday 6 January 2016

Kembara Kansai : Arashiyama

Arishiyama merupakan sebuah bandar kecil di Kyoto. Perjalanan dari Namba Osaka ke Arashiyama mengambil masa lebih kurang sejam dengan menaiki kereta api.

Arashiyama popular di kalangan pelancong pada musim bunga dan juga musim luruh.  Di sini terdapat hutan buluh dan juga jambatan Togetsukyo.  Di sepanjang jalan ada banyak kedai-kedai souvenir dan cafe. 

Ketika kami ke sini, cuaca agak mendung dan kami berhajat untuk datang lagi. Jika ada rezeki kami hendak ke sini lagi untuk menaiki Sagano Romantic Train dan juga sampan di sungai ini.
Dari jambatan Togetsukyo. Air sungai sangat jernih



Excited dapat tengok daun merah

Pengunjung boleh menaiki lanca. 
Ramai jejaka Jepun yang menyediakan perkhidmatan menaiki lanca (beca tarik). Kaki mereka cantik tau..hahaha. Hari-hari kerja tarik beca naik turun bukit. Tak sanggup rasanya nak naik sebab kesian.


Bamboo Grove ini lebih cantik pada waktu malam


No comments:

Post a Comment