Blog Archive

Monday 11 January 2016

Kembara Kansai : How to travel in Kansai Region

Kereta api merupakan pengangkutan utama di sini. Terdapat banyak jenis train passes untuk kemudahan para pelancong.

Jenis Pass
Harga
Tempat jualan
Faedah
  • Digunakan hanya di Osaka

Pass 1 hari = 2300 yen
Pass 2 hari = 3300 yen
. Kansai Tourist Information Center International Airport
1.  Masuk percuma atau diskaun di beberapa tempat tarikan pelancong seperti Osaka Castle

2. Kegunaan tiada had untuk train dan juga subway kecuali Japan Rail Train (JR Train)


  • Boleh digunakan di mana-mana daerah Kansai seperti Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara

Pass 2 Hari 
4000 yen (dewasa)
2000 yen (kanak-kanak)

Pass 3 hari
5200 yen (dewasa)
2600 yen (kanak-kanak)

1. Kansai Tourist Information Center International Airport

2. Nankai Station

3. Kyoto Station Info Center


1. Diskaun di beberapa tempat seperti Toei Eigamura Movie Land

2. Kegunaan tiada had untuk train dan juga subway kecuali Japan Rail Train (JR Train)

3. Untuk pass 3 hari, boleh guna berselang-selang hari. 

Pass 1 hari - 2300 yen

Pass 2 hari - 4500 yen

Pass 3 hari - 5500 yen

Pass 4 hari - 6500 

Stesen-stesen utama di Kyoto, Osaka, Nara, Kansai Airport, Shin Osaka, Tennoji

2. Boleh dibeli dari agent di Malaysia seperti JTB

 Kegunaan tiada had hanya untuk Japan Rail Train sahaja.
Maklumat lain-lain pass boleh dirujuk di sini  http://www.osaka-info.jp/en/plan/practical_information/travel_passes/



Saya tidak menggunakan Osaka Amazing Pass kerana tempat tinggal saya di Nipponbashi berada di central Osaka. So kami hanya berjalan ke area Namba, Dotonburi dan Shinsaibashi.  Sebaliknya saya membeli 3 days Kansai Thru Pass untuk pergi ke Kyoto.

Kansai Thru Pass

Japan Rail Pass

Jika kita hendak menjelajah Jepun seperti ke Tokyo, Osaka, Hiroshima dan lain-lain bandar-bandar besar, eloklah jika kita membeli Japan Rail Pass (JR pass) kerana ia lebih jimat.  Dan kita pun boleh merasa menaiki shinkansen (bullet train)







Image result for shinkansen
Shinkansen















Wednesday 6 January 2016

Kembara Kansai : Osaka Bay Area

Tarikan pelancong di sini adalah Tempozan Ferris Wheel dan Osaka Aquarium.  Berdekatan dengan kawasan ini ada Universal Studio Japan.  Tetapi saya dan suami tidak pergi ke USJ.




View from ferris wheel
Di seberang jambatan sana terletaknya Universal Studio Japan (USJ)

Osaka Aquarium


Tourist Attraction
Entrance Fee
Tempozan Ferris Wheel
800 yen
Osaka Aquarium
2300 yen


Untuk sampai ke kawasan ini, kami menaiki subway dari Namba Station ke Osakako Station

Jadual perjalanan saya :

From
To
Train
Fare
Namba Station

Hommachi Station
Subway – Midosuji line towards Shin-Osaka

280 yen (kena tukar train di Hommachi Station, naik Chuo Line)

Hommachi Station
Osakako Station
Chuo line towards Cosmo Square



































Kembara Kansai : Arashiyama

Arishiyama merupakan sebuah bandar kecil di Kyoto. Perjalanan dari Namba Osaka ke Arashiyama mengambil masa lebih kurang sejam dengan menaiki kereta api.

Arashiyama popular di kalangan pelancong pada musim bunga dan juga musim luruh.  Di sini terdapat hutan buluh dan juga jambatan Togetsukyo.  Di sepanjang jalan ada banyak kedai-kedai souvenir dan cafe. 

Ketika kami ke sini, cuaca agak mendung dan kami berhajat untuk datang lagi. Jika ada rezeki kami hendak ke sini lagi untuk menaiki Sagano Romantic Train dan juga sampan di sungai ini.
Dari jambatan Togetsukyo. Air sungai sangat jernih



Excited dapat tengok daun merah

Pengunjung boleh menaiki lanca. 
Ramai jejaka Jepun yang menyediakan perkhidmatan menaiki lanca (beca tarik). Kaki mereka cantik tau..hahaha. Hari-hari kerja tarik beca naik turun bukit. Tak sanggup rasanya nak naik sebab kesian.


Bamboo Grove ini lebih cantik pada waktu malam


Tuesday 5 January 2016

Kembara Kansai : Nishiki Market & Higashiyama

Nishiki Market 

Juga dikenali sebagai "Kyoto Kitchen". Pasar ini menawarkan pelbagai makanan termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, makanan laut dan juga makanan istimewa Kyoto seperti jeruk sayur-sayuran, manisan, makanan laut kering dan sushi.

Di sini kami menikmati sarapan yang enak iaitu sweet potato and carrot cake dan octopus cake.

Our breakfast


Memang seronoklah datang ke pasar ini dapat tengok macam-macam jenis makanan. Kebetulan masa November ni musim buah so saya dapat makan buah fig (buah tin) yang segar. Memang sedap. Tapi tak ada rezeki nak merasa buah peach.  Kalau nak membeli buah di pasar jangan sesekali kita menyentuh buah-buahan tersebut, nanti kena marah dengan penjual. Bukan apa, mereka tidak mahu buah-buahan itu pecah atau lebam.

Buah tin (fig)

Shashimi tuna, telur ikan salmon, octopus

Pekasam pun ada... 

Vegetable pickles, seafood


Higashiyama

Higashiyama terletak tidak jauh daripada Nishiki market. Kita hanya perlu berjalan untuk ke sana. Higashiyama adalah sebuah kawasan di mana deretan kedainya masih dikekalkan seni bina lama orang Jepun. Di sini orang ramai boleh menyewa pakaian tradisional dan berjalan-jalan sekitar kawasan ini.  Memang terasa macam berada di zaman dahulu. 
Higashiyama street

Higashiyama street

Antara pemandangan yang mendamaikan jiwa ketika di Higashiyama
Mula-mula tiba di sini, kami bertanyakan arah dengan pekerja yang sedang membersihkan daun-daun di tepi jalan.  Walau pun mereka tidak boleh berbahasa Inggeris tetapi mereka sangat berusaha untuk membantu kita. Beliau meninggalkan kerjanya seketika dan membawa saya dan suami hingga ke simpang jalan untuk menunjuk jalan mana yang harus kami ikuti.... :) 

maklumat lanjut tentang Higashyima boleh didapati di sini :