Blog Archive

Thursday 31 December 2015

Kembara Kansai : Kyoto - Toei Uzumasa Eigamura

Toei Uzumasa Eigamura juga dikenali sebagai Kyoto Studio Park atau Movie Land. Ia terletak di daerah timur Kyoto. Tempat ini unik kerana ia mempamerkan binaan tradisional yang digunakan sebagai latar belakang drama dan filem bersejarah Jepun.  



Deretan rumah tradisional


Kincir air



Di sini para pekerja memakai pakaian mengikut tema seperti samurai, ninja dan kimono.  Pengunjung juga boleh menyewa pakaian tradisional.  


Pada waktu tertentu ada street show seperti Samurai sword fighting.  Pada hari minggu ada pulak super heroes seperti Power Rangers membuat street show.  Tapi saya ke sini hari Isnin so tak ramai orang dan tak adalah jumpa super heroes berjalan-jalan di sekitar sini.

Samurai Sword Fighting Lesson

Di dalam bangunan pulak ada show room superheroes dan juga anime museum. Selain daripada itu kita boleh menonton bagaimana cerita ninja dilakonkan. Memang menarik.  So kalau ke Kyoto jangan lupa datang ke Eigamura. Anda dapat merasai pengalaman yang unik

Ninja show di dalam dewan





Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang Movie Land ini sila refer kepada link berikut :

http://www.toei-eigamura.com/en/attraction.html

Wednesday 30 December 2015

Kembara Kansai : Istana Osaka


Osaka Castle  - berada di bandar Osaka ada pusat peninggalan sejarah yang menjadi tumpuan pelancong.

Sebelum sampai ke perkarangan istana ni, ada taman yang cantik dengan pokok-pokok yang menarik.

Jika kita menaiki train daripada Namba Station ke Osaka Business Park Station, kita akan melalui sebuah taman yang agak kecil dan boleh terus nampak istana ini.

Tetapi kalau turun di Tanimachiyonchome station, kita akan lalu di taman yang sangat luas dan sangat cantik dengan pokok-pokok pelbagai warna ketika musim luruh.

Taman berdekatan Osaka Park Business Station

Taman berdekatan Osaka Park Business Station

Taman berdekatan Osaka Park Business Station

Ketika dalam perjalanan daripada station ini ke Osaka Castle, ada seorang pakcik menegur suami saya yang sedang merokok lalu memberi suatu benda. Walau pun dia tidak tahu berbahasa English dia menerangkan kegunaan benda tersebut. Rupanya ash pocket. Di sana orang tidak membuang abu rokok merata-rata, tapi membuang dlm ash pocket tersebut.

Ash Pocket

Ke Osaka Castle melalui Tanimachiyonchome Station

Daripada station ni memang agak jauh berjalan, tetapi tak terasa sebab view sangat cantik.


Tasik dengan pokok berdaun warna-warni


Seronok dapat tengok pokok cantik




Colorful leaves


Finally sampai di Istana Osaka


Tuesday 29 December 2015

Kembara Kansai : Umeda, Osaka

Daun mulai bertukar warna


Daerah utara (Kita) juga disebut Umeda, terletak di utara Osaka.

Di sini ada Grand Front Osaka. Shopping Mall yang sangat besar. Di bangunan selatan terdapat Panasonic Center showroom. Para pengunjung boleh mencuba teknologi produk-produk Panasonic.

Dari Namba Station, saya menaiki Midosuji Line (subway) dengan tambang 240 yen sehala turun di Umeda station. Then jalan ke Grand Front Osaka. Jauh jugak berjalan sebenarnya. Di sini ada road crossing ala-ala di Shibuya, tapi tidaklah seluas jalan di Shibuya.


Grand Front Osaka

UMEDA SKY BUILDING

Umeda Sky Building






Umeda Sky Building merupakan tarikan pelancong di sini. Berdiri pada ketinggian 173 meter, ia mempunyai 2 buah menara. Pada tingkat 40 pula ada Floating Garden Observatory di mana kita dapat menikmati pemandangan bandar Osaka dari sini.

Lokasi : 1km daripada Grand Front Osaka. (berjalan ke sana)

Floating Garden


Tips perjalanan :


From
To
Train
Fare
Namba Station
Umeda Station
Midosuji Line (subway) toward Shin Osaka
Platform 2
4 Stops

240 yen (1 way)

Place of attraction :
Umeda Sky Tower
Entrance Fee : 
800 yen (per adult)


Anda boleh melayari laman di bawah untuk maklumat lanjut


http://www.kuchu-teien.com/english/