Blog Archive

Thursday 31 December 2015

Kembara Kansai : Kyoto - Toei Uzumasa Eigamura

Toei Uzumasa Eigamura juga dikenali sebagai Kyoto Studio Park atau Movie Land. Ia terletak di daerah timur Kyoto. Tempat ini unik kerana ia mempamerkan binaan tradisional yang digunakan sebagai latar belakang drama dan filem bersejarah Jepun.  



Deretan rumah tradisional


Kincir air



Di sini para pekerja memakai pakaian mengikut tema seperti samurai, ninja dan kimono.  Pengunjung juga boleh menyewa pakaian tradisional.  


Pada waktu tertentu ada street show seperti Samurai sword fighting.  Pada hari minggu ada pulak super heroes seperti Power Rangers membuat street show.  Tapi saya ke sini hari Isnin so tak ramai orang dan tak adalah jumpa super heroes berjalan-jalan di sekitar sini.

Samurai Sword Fighting Lesson

Di dalam bangunan pulak ada show room superheroes dan juga anime museum. Selain daripada itu kita boleh menonton bagaimana cerita ninja dilakonkan. Memang menarik.  So kalau ke Kyoto jangan lupa datang ke Eigamura. Anda dapat merasai pengalaman yang unik

Ninja show di dalam dewan





Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang Movie Land ini sila refer kepada link berikut :

http://www.toei-eigamura.com/en/attraction.html

Wednesday 30 December 2015

Kembara Kansai : Istana Osaka


Osaka Castle  - berada di bandar Osaka ada pusat peninggalan sejarah yang menjadi tumpuan pelancong.

Sebelum sampai ke perkarangan istana ni, ada taman yang cantik dengan pokok-pokok yang menarik.

Jika kita menaiki train daripada Namba Station ke Osaka Business Park Station, kita akan melalui sebuah taman yang agak kecil dan boleh terus nampak istana ini.

Tetapi kalau turun di Tanimachiyonchome station, kita akan lalu di taman yang sangat luas dan sangat cantik dengan pokok-pokok pelbagai warna ketika musim luruh.

Taman berdekatan Osaka Park Business Station

Taman berdekatan Osaka Park Business Station

Taman berdekatan Osaka Park Business Station

Ketika dalam perjalanan daripada station ini ke Osaka Castle, ada seorang pakcik menegur suami saya yang sedang merokok lalu memberi suatu benda. Walau pun dia tidak tahu berbahasa English dia menerangkan kegunaan benda tersebut. Rupanya ash pocket. Di sana orang tidak membuang abu rokok merata-rata, tapi membuang dlm ash pocket tersebut.

Ash Pocket

Ke Osaka Castle melalui Tanimachiyonchome Station

Daripada station ni memang agak jauh berjalan, tetapi tak terasa sebab view sangat cantik.


Tasik dengan pokok berdaun warna-warni


Seronok dapat tengok pokok cantik




Colorful leaves


Finally sampai di Istana Osaka


Tuesday 29 December 2015

Kembara Kansai : Umeda, Osaka

Daun mulai bertukar warna


Daerah utara (Kita) juga disebut Umeda, terletak di utara Osaka.

Di sini ada Grand Front Osaka. Shopping Mall yang sangat besar. Di bangunan selatan terdapat Panasonic Center showroom. Para pengunjung boleh mencuba teknologi produk-produk Panasonic.

Dari Namba Station, saya menaiki Midosuji Line (subway) dengan tambang 240 yen sehala turun di Umeda station. Then jalan ke Grand Front Osaka. Jauh jugak berjalan sebenarnya. Di sini ada road crossing ala-ala di Shibuya, tapi tidaklah seluas jalan di Shibuya.


Grand Front Osaka

UMEDA SKY BUILDING

Umeda Sky Building






Umeda Sky Building merupakan tarikan pelancong di sini. Berdiri pada ketinggian 173 meter, ia mempunyai 2 buah menara. Pada tingkat 40 pula ada Floating Garden Observatory di mana kita dapat menikmati pemandangan bandar Osaka dari sini.

Lokasi : 1km daripada Grand Front Osaka. (berjalan ke sana)

Floating Garden


Tips perjalanan :


From
To
Train
Fare
Namba Station
Umeda Station
Midosuji Line (subway) toward Shin Osaka
Platform 2
4 Stops

240 yen (1 way)

Place of attraction :
Umeda Sky Tower
Entrance Fee : 
800 yen (per adult)


Anda boleh melayari laman di bawah untuk maklumat lanjut


http://www.kuchu-teien.com/english/



















Wednesday 18 November 2015

Kembara Kansai : Jalan-jalan Namba Osaka

Syukur Alhamdulillah kerana sekali lagi diberi peluang berjalan-jalan menimba pengalaman di rantauan.  Kali ini daerah Kansai di Jepun menjadi pilihan destinasi honeymoon yang entah ke berapa kami. 

Kenapa Osaka di Kansai Region?

Ramai orang tanya kenapa pergi ke Osaka bukannya Tokyo, kerana meraka beranggapan di Osaka hanya ada USJ sahaja. Setiap tempat ada keistimewaan tersendiri termasuklah Osaka dan daerah Kansai ni. Sebelum pilih Osaka saya dah study dulu tempat mana yang hendak dilawati.

6 Nov 2015 : 

Kami menaiki pesawat MAS MH0052 dari KLIA ke Kansai International Airport. Flight 1150 malam. Sampai di KIX pada 7 Nov 2015 pukul 6.50 pagi waktu tempatan. Di Malaysia 5.50 pagi.

Di airport ni ada sebuah restoran halal di tingkat 3. Restoran Za-Udon ini mendapat pensijilan halal daripada Malaysia Halal Consultation & Training Agency. Jadi sampai saja di KIX ni makanlah di sini sebab sepanjang seminggu saya berada di Osaka agak susah untuk mencari restoran halal di sana. Mungkin ada orang lebih bernasib baik sebab senang jumpa makanan halal. But not us..






Tempat tinggal di Nippombashi

Kami menyewa sebuah apartment di kawasan Nippombashi atau dikenali juga sebagai Den Den Town.  
Kawasan ini berdekatan dengan :
1. Namba Station - central of Namba
2. Doguyasuji Shopping Arcade
3. Ebisubashisuji Shopping Arcade
4. Shinsaibashi Suji Shopping arcade
5. Dotonburi - tempat makan-makan.. 
6. Hard Rock Cafe Osaka

Semua ni walking distance saja. Tapi bersiap sedia untuk sakit kaki dan segalanya..so make sure fit ye nak jalan-jalan ke Japan ni.  Saya menaiki subway ke Shinsaibashi Station dan perlahan-perlahan berjalan balik ke Namba.  

Ebisubashi Suji


Dotonburi.

Kena try tau makan ketam besar ni.  Sepit ketam dipanggang dengan arang : 700 yen


Takoyaki di Dotonburi


Dotonburi


Harga barang-barang di Osaka


Rata-rata harga barang agak mahal. Mula-mula window shopping terkejut jugak tengok harga tshirt untuk dijadikan souvenir di sekitar 1900 - 2000 yen.  (1000 yen = RM36.00 - rate masa kini).


Tapi bila dah berjalan-jalan terjumpa BICCAMERA - sebuah kedai jual camera lah. Dalam tu ada 1 souvenir shop yang menawarkan tshirt tersebut dengan 1000 yen. So boleh la beli..

Ada jugak kedai-kedai di shopping arcade seperti Ebisubashi Suji, Shinsaibashi Suji yang menawarkan harga barangan yang agak murah seperti kasut sukan, baju-baju, boots dan banyak lagi. Kedai-kedai berjenama terkenal juga ada di deretan shopping arcade di Shinsaibashi.



Sebuah kedai di Ebisubashi Suji, baju-bajunya murah

Ada jugak bercadang nk beli pisau tapi pisau di Nihon mahal-mahal, even brand Kyocera pun mahal. Lastly beli pisau kat Daiso je untuk potong buah





Hard Rock Cafe Osaka

Hard Rock Cafe Osaka
How to go to Hard Rock Cafe Osaka

From
To
Train
Fare
Namba Station

Hommachi Station
Subway – Midosuji line towards Shin-Osaka
280 yen