Syukur Alhamdulillah kerana sekali lagi diberi peluang berjalan-jalan menimba pengalaman di rantauan. Kali ini daerah Kansai di Jepun menjadi pilihan destinasi honeymoon yang entah ke berapa kami.
Kenapa Osaka di Kansai Region?
Ramai orang tanya kenapa pergi ke Osaka bukannya Tokyo, kerana meraka beranggapan di Osaka hanya ada USJ sahaja. Setiap tempat ada keistimewaan tersendiri termasuklah Osaka dan daerah Kansai ni. Sebelum pilih Osaka saya dah study dulu tempat mana yang hendak dilawati.
6 Nov 2015 :
Kami menaiki pesawat MAS MH0052 dari KLIA ke Kansai International Airport. Flight 1150 malam. Sampai di KIX pada 7 Nov 2015 pukul 6.50 pagi waktu tempatan. Di Malaysia 5.50 pagi.
Di airport ni ada sebuah restoran halal di tingkat 3. Restoran Za-Udon ini mendapat pensijilan halal daripada Malaysia Halal Consultation & Training Agency. Jadi sampai saja di KIX ni makanlah di sini sebab sepanjang seminggu saya berada di Osaka agak susah untuk mencari restoran halal di sana. Mungkin ada orang lebih bernasib baik sebab senang jumpa makanan halal. But not us..
Tempat tinggal di Nippombashi
Kami menyewa sebuah apartment di kawasan Nippombashi atau dikenali juga sebagai Den Den Town.
Kawasan ini berdekatan dengan :
1. Namba Station - central of Namba
2. Doguyasuji Shopping Arcade
3. Ebisubashisuji Shopping Arcade
4. Shinsaibashi Suji Shopping arcade
5. Dotonburi - tempat makan-makan..
6. Hard Rock Cafe Osaka
6. Hard Rock Cafe Osaka
Semua ni walking distance saja. Tapi bersiap sedia untuk sakit kaki dan segalanya..so make sure fit ye nak jalan-jalan ke Japan ni. Saya menaiki subway ke Shinsaibashi Station dan perlahan-perlahan berjalan balik ke Namba.
Ebisubashi Suji |
Dotonburi. |
Kena try tau makan ketam besar ni. Sepit ketam dipanggang dengan arang : 700 yen
Dotonburi |
Harga barang-barang di Osaka
Rata-rata harga barang agak mahal. Mula-mula window shopping terkejut jugak tengok harga tshirt untuk dijadikan souvenir di sekitar 1900 - 2000 yen. (1000 yen = RM36.00 - rate masa kini).
Tapi bila dah berjalan-jalan terjumpa BICCAMERA - sebuah kedai jual camera lah. Dalam tu ada 1 souvenir shop yang menawarkan tshirt tersebut dengan 1000 yen. So boleh la beli..
Ada jugak kedai-kedai di shopping arcade seperti Ebisubashi Suji, Shinsaibashi Suji yang menawarkan harga barangan yang agak murah seperti kasut sukan, baju-baju, boots dan banyak lagi. Kedai-kedai berjenama terkenal juga ada di deretan shopping arcade di Shinsaibashi.
Sebuah kedai di Ebisubashi Suji, baju-bajunya murah |
Ada jugak bercadang nk beli pisau tapi pisau di Nihon mahal-mahal, even brand Kyocera pun mahal. Lastly beli pisau kat Daiso je untuk potong buah
Hard Rock Cafe Osaka
Hard Rock Cafe Osaka |
How to go to Hard Rock Cafe Osaka
From
|
To
|
Train
|
Fare
|
Namba
Station
|
Hommachi
Station
|
Subway
– Midosuji line towards Shin-Osaka
|
280
yen
|